Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita -episod 2


"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.

Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

bersambung.....

bendera putih


adoi..patut la rase down jek few days ni. arini sy PERIOD!! period pain lak tuh. tp xdela teruk, just rase ngilu jek kt pewot. rimas btl. sedar ms smpi unisel td. tp bz nk angkat brg, balik rumah br pasan. kejap jek setel kt unisel. so igt td ptg nk g library, skali malas la plak. nanti la pegi. tgk bilik plak sepah2. byk gak barang sayer dlm bilik. tuh pon mls nk kemas. nnt ptg skit la...b4 cik iya balik, kang bising mulut die. iya cpt balik, along windu iya. xde member nk buli2. hahahaha

nite all!!

okla. last entri 4 2nite. nk tdo dh. 2moro pagi nk gerak blk unisel and nk wt clearance hostel plus angkat semua brg2 yang mseh tertgl. balik shah alam esok gak pas setel smua. so datang unisel blk ahad ni just utk amk exam saje. tpi study nye belum. sgt malas. rs xsedap bdn. so relex dl la. igt jumaat ni nak g public library s.alam, tp lupe lak jumaat hari pekerje. so selamat hari pekerje pd smua yg bekerje. so next year korg leh r wish lak kt cik epa lak ye. cant wait!! huhu...


side note: miss sum1 la. bencinta btl

Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita -episod 1



salam all. oklah for the first time cik epa nk kongsikan cerpen yg agak menarik and penuh dengan pengajaran serta pedoman. cerpen agak panjang utk dibace, so cik epa akan bahagikn kepada beberapa episod ok??

***************************************************************************************

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.

`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'

`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk *berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

" Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.


bersambung.....


*side notes: maksud berkhalwat dalam ayat di atas bukanlah definasi khalwat yang selalu digunakan oleh orang masa kini. maksud berkhalwat tersebut ialah,bertahanuth yg bermaksud mengasingkankan diri atau berseorang atau bertafakur. ini kerana Rasulullah telah ditimbulkan rasa cinta utk bertahanuth atau berkhalwat oleh Allah swt.

Cintakah itu?

Bila kamu mencintai, kamu akan dilukai
Adakah kerana cintalah itu rasa disakiti,
jika melihat dirimu berbual mesra dengan gadis lain... Cemburukah aku atau cintakah itu?

Cintakah itu apabila dikau jauh,
terasa rindu terlalu kuat mencengkam jiwa, sepi dan menyakitkan...

Cintakah itu apabila dikau dekat,
terasa sungguh bahagia namun hati berdebar-debar...

Cintakah itu saat ingin ku luahkan 'aku cinta padamu',
lidah kelu tidak mampu berbicara...

Cintakah itu saat ku tatap matamu,
ku terpesona dan hanya hati berkata-kata.... 'Kekasih..kaulah bandingnya cinta itu'....

Cintakah itu kala dirimu menjauh dan membisu,
aku mencari dan menangis...

Cintakah itu saat dirimu akan pergi,
terasa semangat layu tak bermaya... Dan setiap detik yang berlalu itu... Aku sedari 'cintalah ini'... Sesungguhnya aku terlalu mencintaimu... Maafkan aku kekasih... Kerana telah membisu...

10 perkara yang lelaki tak suka...

salam
oklah, sekarang sambungan dari entri td. ni pulak 10 perkara yang lelaki x suke mengenai wanita

baca betul2...kalo ad 10 perkara tersebut dalam diri, kene la berubah. tuh pesanan Richie...

10 perkara tersebut ialah:

[+] Wanita yang suka mengumpat!
[+] Wanita yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
[+] Wanita yang hisap rokok.
[+] Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki! (Betul ni...)
[+] Wanita yang hipokrit.
[+] Wanita yang tak pandai mengemas.
[+] Wanita yang "Queen Control" atau suka mengarah-arah.
[+] Wanita yang suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli.
[+] Wanita yang kuat merajuk dan sukar dipujuk. (Sekali-sekala takpe...)
[+] Wanita yang kuat berleter walau hal remeh temeh!

alamak. kne ubah la. yg paling penting kne kurang mengumpat aka gossiping. hahaha. payah tuh. cik epa nnt xdpt jdk radio bergerak. huhu. buat masa sekarang, ini jela yg dapat cik epa kongsikan. nanti kalo Richie aka Dr Cinta emailed me again. i'll update ok?? harap dpt memberi tips pada para gadis diluar sane yang tgh mencari and di lamun cinta termasuklah cik epa. wakakakaka.

10 perkara yang lelaki suka...

Bummper Stickers


hye salam!!!
baru2 ni sayer ad dapat email dari PanduanCinta.com. from Richie aka Dr Cinta. mcm mane cik epa leh dpt email tuh. huhu. arituh tgk kt blog cik Yat. pastu gatal2 tangan nk join n bace ebook Panduan Cinta untuk wanita(sila la klik utk masuk ke web). Richie ad berkongsi 10 perkara yang lelaki sangat harapkan daripada wanita. Dengan kata lain 10 perkara yang lelaki suka...

here is....

Ok, lelaki sangat suka wanita yang:

[+] Pandai dalam mengenakan pakaian.
[+] Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya.
[+] Tak mudah naik angin!
[+] Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya.
[+] Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira.
[+] Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat.
[+] Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut!
[+] Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal.
[+] Tak terlalu seksi dalam berpakaian.
[+] Pandai memasak. (Silalah belajar memasak!)


so...guys out there?? btl ke??? cik epa rasa betul la tuh. pendapat cik epa. kalo kte reserve kn fakta tuh, lebih kurg jek pe yg pompuan suke rite. nanti cik epa upload fakta 10 perkara lelaki xsuke pulak.

good luck charm

yeay!! finish dh solid waste management. hahahaha...totaly OUT!! soalan yang memang dijangka susah bagai!!! suck it ati n mate!!! sampai ati tul lec tuh. sob sob. TAWAKAL jela. cm ne nk dpt dean list sem ni(hahaha...berangan jela..) cm cik bear!!. sadis btl. okla. my last exam paper for this sem(sem2 terakhir di unisel) STEEL AND WOOD DESIGN!! seb baek uncle jimi bg tips. i lap u la uncle jimi. kasi A++++ hahaha. ade ke?? ni jela harapanku. setelah paper yg laen agak suam2 kuku. chaiyok cik epa. BTY, cik epa already at shah alam terchinte!! last paper sunday ni. nk blk unisel xtaw ble. mls nk pk lgk. nk rehat jap dl. then br stat stdy. okla. nak mandi n menjalankan tugas2 suriumatga yg berjaya. kne berlatih awl2 ni. hahaha. t mama blk keje bising, berleteq, cek xtaw.

Good Luck



you belong with me, baby


Poloroid Love

You’re on the phone with your girlfriend
She’s upset
She’s going off about something that you said
‘Cuz she doesn’t get your humor like I do…
I’m in the room
It’s a typical Tuesday night
I’m listening to the kind of music she doesn’t like
And she’ll never know your story like I do’

But she wears short skirts
I wear T-shirts
She’s cheer captain
And I’m in the bleachers
Dreaming about the day when you wake up
And find what you’re looking for
Has been here the whole time

If you could see that I’m the one who understands you
Been here all along so why can’t you see,
You belong with me
You belong with me

Walkin’ the streets with you and your worn-out jeans
I can’t help thinking this is how it ought to be
Laughing on a park bench, thinking to myself
Hey, isn’t this easy

And you’ve got a smile
That could light up this whole town
I haven’t seen it in a while
Since she brought you down
You say your fine
I know you better then that
Hey whatcha doing with a girl like that

She wears high heels
I wear sneakers
She’s cheer captain and I’m on the bleachers
Dreaming about the day when you wake up
That what you’re looking for
Has been here the whole time

If you could see that
I’m the one who understands you
Been here all along so why can’t you see
You belong with me

Standing by and waiting at your back door
All this time how could you not know
Baby
You belong with me

Oh’
I remember you drivin’ to my house
In the middle of the night
I’m the one who makes you laugh
When you know your about to cry
And I know your favorite songs
And you tell me about your dreams
Think I know where you belong
Think I know it’s with me

Can’t you see that
I’m the one who understands you
Been here all along
So why can’t you see
You belong with me

Standing by and waiting at your back door
All this time
How could you not know
Baby you belong with me
You belong with me

You belong with me
Have you ever thought just maybe
You belong with me

You belong with me.

*new lyrics for new song

bencinta


cik epa rase nk demam la!!!
dari td bersin n selseme jek~ pale pon berat! jangkitan virus btl!! adei~ sangat rimas and tidak selesa. malam ni sure
die sosah tydo lena~


ni pic beg yg dibeli dari china. bf adk sayer beli(tq to mr shafiq). tambat ati bakal mertue. wakakakaka.
mama suh pilih, tp sayer amk dua2 sebab tamak! lantakla, leh simpan byk barang. yg beso aka blah kanan simpan barang makeup, yg kecik aka blah kiri simpan aksesori gue la. penting tuh, kalo x bukan cik epa vogue the vast la.

oh award??!! tidak ku sangka!!

Oh!! mmg tidak sayer sangka!! sayer menang award!! time kaseh pada cik myra sudi memilih blog sayer!! time kaseh juga kt mama, abah, adk2, kawan2, sedara mara, pak cik sblh uma dpn n belakang(uma ak ler plg depan...wakakak), xlupe jugak pd pak man tempe n mak cik joyah kerana petua2 yg briliant. hahahaha <---ayat poyo...mmg rules ok!!



berangan xpe kn kn???



Rules for these brilliant award:
1. copy paste the award at your blog once you got it
2. make an entry if this is like a GRAMMY award =P
3. tag 6 other blogger
4. never break the chain please...(optional)


next the award is for:

cik bear, incik bond, cik eyraz, cik yat, puan finie, smua la my listed blog..


lakonan jek~

okla..entri terakhir sebelum sayer nk tdo. sgt penat lak. igt nk stdy. smbg besok jela. td ms duk belek2 smua pic lame, ternampak pic ni... ini hanya lakonan semata-mata. tiada kaitan dengan yg idup atau mati.


hahahahahahahha

pic ni mase jamuan buka poce kt uma lec ku!! sayer di amanah kan utk jaga anak kcik die!! hey, cik epa pandai jaga budak kecik r!!! see the hand la. dulu cik epa slalu tlg mama jg adk2 yg kecik2. time tuh depa smua uma xbeze (dalam 10 bulan until 1 thn). ad 3 org. dr thn 1995, 1996, 1997. tibe2 cik epa rindu plak nk jg budak kecik!! apakah??!! hehehe. sbb tuh cik epa rapat ngn adk2 yg kecik2 tuh. smpi sekarang stil igt dorg tuh bdk kecik lagik. padahal dh form 2, form 1 and darjah 6!! xpela..dorg stil adk kecik along kan kan??!!


additional.....

kene letak pic adk yg laen. t dorg kecik ati.huhu


ni la mama and abah sayang kotrg!! romantik kn??

BRB

yey 2 paper to go~



paper composite material dh selamat dijawab!! alhamdulilah!! mintak2 dpt ok!! dh ler td kne jwb 5 soalan tp sayer jawab smua!! rmi yg keluar awl. so paper nye agak senang. NEXT.... SOLID WASTE MANAGEMENT!! wish me luck again!!



Tips elak bosan dalam lif


1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b’pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m’gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “diam, semuanya diam..!”

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji…

5. b’pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..

” bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi…”

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah ” eh, cipan…cukup tak udara kat situ..?”

8. diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m’hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop…kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke….

10. buatla garis d lantai sekeliling anda m’ggunakn kapur..lalu beritahu

” ini adalah wilayah saya….!”


AMARAN: TIPS INI HENDAKLA DILAKUKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN.. hehe


penulis tidak akan bertanggugjawab dengan sebarang tindakan yang dibuat.. hehe

upload more video

ni pulak video mase konsert OAG kt unisel. bukan nk cite psl performance OAG yg mmg2 besh gle mlm tuh, tp psl band yg di anggotai smua wanita. besh jugak dorg ni. smart gle. name grup plak i not sure. lupe lak. dengar cite dorg ni anak buah OAG. tp xdgr pon psl mereka naek. myb dorg xmsk mainstream lagik kot. hope leh gak dgr lagu2 dorg sebaris ngn grup indie2 yang laen!!

Vote 4 me

hampir terlupe plak ni cite. sayer sje gatal tangan join dlm malaysian top 100 blogger and just 4 fun topsite. hope leh vote untuk sayer. xnak vote pon xpe. sj jek join. sbb xtaw nk wat pe kn. huhu

*click banner to vote for me in Malaysian top 100 blogger


*click banner to vote for me in Just 4 fun topsite

sayer rindu babu sayer

sayer rindu kt babu sayer. tp disebabkan babu sayer sgt jaat(suke gaduh ngn kucing laen kt uma ni). mama dh decide utk buang die(taw la die kucing pungut jek). dh lme dh. dlm 2 bulan lepas. sob sob sob

here pic of babu. sayer bele die dr kecik lgk. jmp die ms keje kt nandos sacc dl

babu ms mule2 bwk blk uma


babu dlm usia hampir 1 thn


babu ms dh beso. b4 kene buang

menuju puncak

cik epa nk share kn satu video menuju puncak versi my lil brother. time ni kotrg ad vacation kt terengganu. ntah nape lak time tuh die rasa die macho lalu nyanyi menuju puncak versi die. t comment ye??

CHAR KEOW TEOW

hanya ilustrasi sahaja


arini cik epa nk kongsi resepi nk wt char keow teow!! peh...sedap btl. lapo lak mlm2 ni. cube la ye???!!

SOS CHAR KEOW TEOW
BAHAN BAHAN
5 senduk sos tiram
3 senduk gula
1 senduk perasa
4 senduk kicap pekat
2 senduk kicap cair
1 senduk minyak bijan

CARANYA

Campur semua bahan-bahan, kacau sebati. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Perap selama 2 hari.

BAHAN-BAHAN
1 kilo keow teow
1 kati taugeh
½ kati kucai
1 kati udang – sederhana besar – rebus sekejap
1 kati kerang – celur – kupas
8 biji telur
10 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sudu besar cili boh
CARANYA

1. Panaskan kuali. Masukkan 2 senduk minyak. Tumis bawang
putih, biar kekuningan. Masukkan cili boh (ikut pedas). Kacau rata.
2. Masukkan kerang, udang, segenggam keow teow dan 1 senduk sos tadi, taugeh dan kucai. Kacau rata.
3. Tolakkan keow teow ke tepi dan masukkan telur. Kacau rata.

3 paper 2 go


yey!!! arini abs 1 paper Reinforced Concrete Design 2. soalan design agak okla. tp stil xcukup ms. bese la soalan k.ilah. heehe. tp naseb baek sayer sempt menjawab 4 soalan yg kne jwb. soalan yg btl2 confident pon just staircase jek. yg laen smua mst ad sangkut skit2. hope lulus la....dpt b pon ok! amin!! tawakal jela ni. jangan kne repeat sudah la. dh ler k.ilah berxperience mengfail kn org. oklah. next paper lak, this coming Friday. paper Composite material. paper abg resin. hahahaha...wish me luck lagk!! oklah, nk kua g mkn ngn incik nik and cik nadia. makan nasi lemak. mgidam lak plak...daaaa

Happy besday cik awe!!


today is my besties besday!! Cik Awe!! happy besday to u babe!!

here's ur besday cake!! t print gantung kt bilik...hahahaha

May ALLAH bless you!! be strong with ur life!! dont nakal2. kuat semangat!! hope our friendship kekal smpi ble2!!

p/s: plz la be cik awe yg dl!! sayer windu cik awe yg dl!! huhuhu

Final Exam

oklah. byk sgt entri. it time to stdy plak. mgu dpn dah stat exam final!!!

21/04/09 : reinforced concrete design 2

24/04/09 : composite material

26/04/09 : solid waste management

3/05/09 : steel and wood design

wish me luck ok!!

my besties at unisel

ni smua my besties kt unisel!! sayer sayang sgt2 kt mereka!! mereka slalu ad di saat susah or senang!! hope friendship kte akan kekal smpi ble!!! XOXO!! tq for being there when i needed!! p/s: lme kte xlepak sme2 kn?? bz btl..huhu

me ngn cik ain!! mbr ms mule2 msk unisel!! ble kte nk msk nasi goreng penuh kaseh syg lgk!! windu r kt ko babe!!


me with cik awe!! very supportive mber!! mber satu kepala. org slalu igt kte kembar rite. di mane ad cik awe, dsitu ad cik epa. kalo xde slh sorg mst org tny. yela, satu kls.




me n cik hajar!! knl ms taklimat orientasi kt main hall. time tuh kne separate duk ngn bdk sme fakulti. byk bg nasihat kt i. really terharu ble ms ad krisis dl. kalo xde ko, ntah pe jdk kt ak. tq babe!!



me with cik nisa!! ni my beloved adk!!! wlpon br knl ms sem lps. tp cm dh knal lme kn. syg adk!! ble nk lepak kuala sel mkn kfc lgk...huhu...sem dpn kte jln2 lgk kt klcc.

xtvt weekday

weekday ni sgt bz la. nk wt pe2 pon xsempt. nk tgk tv lgk xsempat. mcm2 bende berlaku. so far perjalanan sayer bersme cik merah pon selamat. alhamdulilah. my presentation thesis pon ok!! syukur sgt xde mslh yang siyes. so dlm mgu dpn jmp my thesis supervisor untuk wt any correction before wt hardcover. my examiner pon puji my presentation. Good presentation. ms b4 msuk, muke dh cuak. saluran pernafsan pon jdk sempit. hahaha. ptg tuh ad jmp burung hantu bertengek kt depan bilik present my fren. dl penah ad bad xperience ngn burung antu la. takut btl!! hahahaha

my plg xbesh cian kt my besties cik awe!! dont wori babe!! i alwys support u!! be strong!! it not the end of the world rite!!! sempoi!!! huhu XOXO!!

pic lame: me n cik awe

sepetang di alam sentral

Assalamualaikum

xtvt shoping at alam sentral after taking mama stuf at SACC mall. ad geng2 AIM wat show kt ctu. ms we dtg nmpk la aliyah tgh perfom. fara fauzana pon ad. tapi tgk dari jaoh jek pasal rmi sgt org.


time 2gu mama shoping kain at nagoya, i taking la pixa sorg2.


iya plak ilang usha brg kt booth. haiyaa...


sayer minat ngn sandel wedges ni. rm18 nnt ler beli...huahauahaua

birunyer

chantek x shades baru sayer??!! huhu bukan sayer punyer tapi cik bear punye. silau mate i ms taking this pixa.

wakakakakakaka

nite all

there's alot of story wanna share, but currently mood are ------> tired!!

if possible i'll be updated new entry 2moro.

nite all my friends!!

sweet dream

pagi malaysia!!

tghari nnt sy akn pulang ke unisel bersame cik merah jek. parent xanto pon. myb bwk cik merah 1 mgu jek. cuak gak ni. but anyway!! cik epa boleh. mule2 jek cuak. lme2 okla. doa kn cik epa n cik merah selamat pergi and blk ye?? amin!


p/s: abah n mama siap dh pesan mcm2. mama bg kad suh bace doa naek kenderaan. huhu. janji semua ku turuti!!

tenat dh abs dh!! yahuuu

Alhamdulilah!!!

syukur sgt sempat siap thesis dengan jayanye. xde la dugaan yg hebat mcm cik myra!! (dugaan pon cik myra dh grad rite!!..xsbr nk 2gu grad!!)

semalam terus siapkan thesis smpi kul 4 pagi. mate dh xleh handle. kul 8lbh uncle don plak call. then bgn trs sambg wt thesis smpi lupe nk mandi+makan. akhirnye kul 12 lbh siap. but time tuh ketas plak abs. my thesis tebal sgt. 150pages!! dh ler kne wt 3 copy. trs mtk tlg Nik. g mkn kt kg, then g PP withdraw money to buy paper A4. mahal gak la. 70gram jek dh 9 rgt lbh. igt nk binding kt kg, tapi mber nik(nadia n yati) nk g BB plak. i pon ikut jela. bindingkan utk cik bear skali. dlm kul 3 dh gerak g BB. berat gak bwk 6 copy thesis yg agak tebal. mase 2gu nk siap binding, cik nadia n cik yati ajak nik g kuala selangor. i pon ikt jela. g ler tgk TESCO kuala selangor. huhu...rupenye kt sblh Tunjang Bistro(tempat date lame...wakakakaka). xdela beso sgt, tp env cm cool jek utk lepak2. then kul 5 grk blk unisel. b4 dat incik nik nk singgah BB beli beg, i plak amk thesis blk. smpi unisel trs g fakulti anta thesis. syukur semua berjalan lancar. 2gu my parent dtg fatch lambat sgt. smpi 3jam 2gu. katenye jammed ms otw dtg unisel. kul 9.30 br smpi s.alam.

lega!! so pk nk wt slide show utk present. hopefully by monday g jmp my thesis supervisor tjk slide. wish me luck utk present thesis this thursday ye???!!

tenat dah!!

arghhhhhhh!!!!!

sayer melepaskan rase tensen di blog jek....

kne submit final draf BESOK!! di ulang BESOK!! gle la.....en thesis coordinator dah wat gle die dah. abs la...xtdo mlm ni. byk gle xsiap lgk ni. mampus!! khamis mgu dpn(16 april) dh stat present thesis. haiya...mati la!!

ok2 dh. xleh cite byk2. keje byk lgk tertangguh. chow sin cin!!



shawl ni sayer beli ngn student unisel. lihat la blog mereka. chantek gak!!

ceritera cinta

ni slah satu shawl yg sayer beli d blog eDast Homy shop(tq kak edast. sgt chantek shawl tuh!!)


Assalamualaikum

title yg bikin gempak jek. but entri tiada kaitan la psl cinta. wanna share my xtvt 2 week without any entri. hanya paste jek entri yg dirasakan menarik untuk di share. Last week punye xtvt, pe lgk.. selepas event env day tuh tamat, memulakan hari mgu dgn thesis thesis thesis. mgu lps br sibuk2 carik other solution utk setelkn my last analysis. syukur alhamdulilah. siap jugak arini. dh lah last week punye analysis, pelik plak tgk deflection curve herot petot(hahaha..i dunno how to spell it la). dekat 1 mgu duk setel sme thing. bosan btl life within this few week. akhirnye akibat tensen yg terlampau, sayer sempat mgorder beberapa shawl. semalam pon br pas beli another shawl dr student unisel gak. besh2, kaler hijau lumut. okla tuh kn. pastu yg deliver utk rantai yg order dlm blog pon dh smpi. shoping jek sayer skng ni. tensen psl thesis. sbb igtkan thesis kne submit this week, seb baek berjumpa thesis supervisor sayer confrimkn balik. so kne la submit mgu dpn rabu. so langkah seterusnye kne la setelkn gak dlm mgu ni. bsk sayer plak ad test steel and wood design. mls nk stdy, just wt toyol jek. penat punye psl. toyol dh siap trs surf tenet. tp server unisel plak lembab nk mati. huh, mmg byk mencabar keimanan jek beberapa mgu before final ni. next week adlah study week, but seperti selalu, xmerasa pon stdy week sbb mgu dpn gak ad 2 test yg berlangsng. sempat ke nak stdy ni. penin dh pale. aiseh. jadual final pon xbp nk confrim lgk, but for now, oklah 1 week have 2 test. gap pon ad 2 3 ari. sempat la nk fokus. kemungkinan final sayer stat 21 hb finish at 3mei. cpt btl mase berlalu sem ni. next sem is short sem. then my last sem ni unisel. tuh pon dh wt perancangan nk isi mase lapang sem pjg. yela time tuh just amk 9 kredit hour jek. byk mase terluang. hopefully my dream will come true. pray for me ye for upcoming final exam.

sayer syg unisel

xtvt: selepas mghantar draf utk thesis report.

jam: kul 2.30pm

lokasi: bilik thesis supervisor ku.



en thesis:
kamu praktikal kt mane??

epa:
sayer ad 1 sem pjg lgk la incik

en thesis:
nape?? kamu 'repeat' ke??


epa:
eh xdela, sbb sayer syg unisel!!


en thesis pon wat muke. aiseh..sbb baek chumel. kalo x..huhu

slamber jek sayer berloyar buruk ngn thesis supervisor ku....hehehehe

Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan




Sertailah mana-mana persatuan atau ciptakan persatuan baru.
Hubungi ROY!!



SAYA BELIA MALAYSIA!!!

i've been tagged~you should know me at least 4! just 4! -tagged by eyraz

OUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
(1) epa~at KLIUC and unisel
(2) along~when i at home
(3) karkpah~ called when i at Mustech Pahang
(4) zar ~called when i at SMKS19 shah alam

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
(1) 17 june 1985~my bufday
(2) 20 jan 1956~my mama born
(3) 5 july 2008~cik merah born
(4) 31 ogos 1957~merdeka (SAYER ANAK MALAYSIA!!)

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
(1) watch MELODI
(2) eating
(3) doing my thesis
(4) update blog, check email

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
(1) laughing
(2) gossiping
(3) karok
(4) talking

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
(1) diamond
(2) perfume
(3) guess handbag
(4) guess watch

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
(1) shopping
(2) sleeping
(3) Karok
(4) surfing internet

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
(1) Bandung~shoping
(2) beaches
(3) London
(4) Bali

FOUR FAVORITE DRINKS:
(1) teh o ice
(2) pineapple
(3) fresh orange
(4) milo ais

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM (besides the obvious furniture ?):
(1) printer
(2) books
(3) laptop
(4) cloth

FOUR FAVORITE COLORS:
(1) green
(2) pink
(3) blue
(4) rainbow color

TOP FOUR HANGOUTS:
(1) iya
(2) parent
(3) siblings
(4) friends

TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH:
(1) my parent
(2) siblings
(3) my besties
(4) my life

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU:
(1) cik merah
(2) cik laptop
(3) hp
(4) my education

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
all my listed blog

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
malas nk tulis 4 reasons but the top reason are TGH BOSAN BUAT THESIS!! TENSEN BTL!!