Salam Maulidur Rasul 1430h

9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430h

Selamat menyambut Maulidur Rasul(Maulidur Rasul ialah hari keputeraan/kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad SAW)

Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

Bersama-sama lah kite mghayati kisah2 Nabi Muhammad Junjungan kita serta mencontohi keperibadian Baginda dalam meneruskan hidup di dunia yg mencabar ini. Di harap kita memperoleh kebahagiaan kelak. Amin.


Rasulullah-Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

2 comments:

  1. marilah kita membanyakkan selawat ke atas Kekasih Allah..moga kita mendapat syafaat di akhirat kelak. amin

    ReplyDelete
  2. selawat ke atas Nabi Junjungan kita

    ReplyDelete