thesis progress


yey!!


my analysis is completed!! thanks to DONY!!!
matrix 32x32 cannot run in Maple because my laptop cant support evaluated bigger value.
always shutdown by it self.

then i discuss with my supervisor and he suggested used Mathlab.
Last week too busy with event.
postponed 1 week until this afternoon my analysis have shown the result.
Thank God!!
Alhamdulillah.
actually too worried if cannot finished the analysis because heard news that need to submit final draft thesis this Friday.
hope fully i can finished my writing by 2moro and submit to m
y supervisor to edit it.
perhaps i need to edit 2 or 3 times before submit it same like my prethesis report.


gud luck epa!!

when floor became cik epa's desk...

Jahat la dorg!!

ari: kamis malam selepas event environmental day
jam: 2.30 pg
env: dingin di malam yang syahdu
mood: tdo xigt. letak bom pon xsedar.

tetibe hp ku berbunyi.

'Ain calling' (pehal la igt tepon pg2 bute. sori beb. penat sgt nk angkat)

...tuk tuk tuk...

sayer bangun g ler bukak pintu bilik. sambil2 tuh pk, ain dtg uma ke?? emergency sgt ke?? <---ngigau fara:
ifa, ad ramai budak berkumpul dpn court tennis tuh. ntah nape ntah. jana niaga pon ad.


epa:
hah, yeke?? nape plak?? kne 2run gak ke?? ala, xpyh la.


then i pon call cik ain

ain:
ak dgr bunyi bising2 n lampu suluh2 blok ko. ak takut ler.


cian cik ain i takut. i pon ckp nk p usha mende pe.

tetibe dgr bunyi siren bomba. ntah dr mane bomba tuh dtg pon xtaw. 2run dr langit kot. td usha tngkap xnmpk pon. kotrg pon decide nk 2run, bese la i kn reporter terhebat, t leh berjoyah. hahaha. siap2 trs gerak ngn pantas nye. sampai kt bwh blok, dh stat bau bende hangus2. td nmpk bomba g blok H(blok belakang blok i), kotrg pon berlari2 g ke sne. peh, tgk 1 blok H2(uma fello) smua lampu padam. tp xnmpk pon api, bau jek. bomba dh msk dlm blok. pastu kua siap bwk sorg bdk pompuan. dlm ati igt bdk tuh dh mati lemas ke pe??!! ajaibnye...

bdk tuh bgn ngn muke selamber siap btl2 baju!!!

ceh...latihan kebakaran!! jaat btl. seb baek xde lemah jantung, kalo x dh lme gol ak ni....

bukan nk bgtaw awl2. i siap call my xroomate yg duk blok H1, cik ida. die lgk xtaw pe2...siap tdo mampus xsedar. padahal sebelah jek blok die ngn tempat kejadian. huhu

dalam ati dh maki2 Jana niaga tuh. kaco sleeping beauty i. abs rosak susuk i taw :p. kuang asam boi btl. dh ler tdo awl, tdo xigt plak tuh akibat kepenatan terlampau. selamber badak jek. kotrg ni dh ler lambat bgn. dh 'hangus' taw. ngok btl.

uma i punye dapur nmpk jalan kua. i siap lambai2 kt abg bomba and say TQ bomba!! bye!!

then dgr geng2 jana niaga blk siap gelak2. i pun sahut kt dorg ckp time kaseh!! berani dorg jwb sme2!!pix yg sempat di tangkap. gelap la. blah kanan tuh 1 blok gelap

Environment Day 2009

here's few picture on Environment Day 2009 organized by Solid Waste Management Faculty Engineering Unisel.
the event started at 9.30am and ended at 4.00pm. opening ceremony quite successful and everyone enjoyed it.
Nothing much to say actually. very exhausted that day. going bac
k hostel sleep until magrib.
:p


me incharge booth DOE(Department of Environment. special thanks to Cik Noraini from DOE Selangor for all the exhibition equipment)


seminar on landfill management by En Imran from WorldWide Company


me and bear snaping pix in seminar. bored already...hehehe


who's taking this pix from back???!! paparazi huh?? :p


me wif si sengal dony


epa new scandal??!! hahahahaha....no la...with Bijan

-the end-


Alhamdulillah jugak

sayer baru saja menjenguk ke blog Cik Yat

Alhamdulillah. Puan Afinie selamat gak melahirkan Ilham. congrate ye Puan??

wah...Cik Yat pon begitu teruja ngn anak angkt nye....kalo ank sendri sure lgk besh kn Cik Yat???

sayer juga doakn semoga Ilham cepat sembuh and Ibunya juga jgn lupe jg kesihatan...

BACA dsebalik number dan personaliti. adakah sama dgn anda?

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no. 9

no. 1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no. 2
—-

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no. 3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no. 4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no. 5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no. 6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no. 7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no. 8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4..

..(1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb,4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb)


no. 9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no.
3, 5, 6

wut a day

today...
lepaking at SACC Mall Shah Alam and Alamanda Putrajaya.
snaping pix!!!


...at SACC Mall. ada function td kt ctu...


...eating at A&W Alamanda...


...snaping pix time...in front billabong Alamanda...



...wif my famili. suppose we hv 8 but 1 busy date wif her bf other 1 snap the pix la...



...outside of Alamanda...



...outside view of Alamanda...


...my poyo lil brother...

salah kah ku??

from left: cik awe, cik epa, cik bear. we upcoming women engineer



incik teman :
..byk kumbang(lelaki) je tengok...eleh...bukan silap courses...cik epa tu yg nak buat keje lelaki...<----berdasarkan gambar kelas sayer. sila rujuk di my class picture


cik epa :
...sesuai ngn jiwe but still jdk perempuan melayu terakhir <-----ayt standard jek

apakah???

sayang ke??

pada suatu hari....

cik epa:
eh, lecturer mane yg pki lancer baru tuh? smart gle (dalam otak tercarik2 lec laki mane la yg gune. sayer juge suke ngn kete itu)


incik dony:
ntahla, ak pon xtaw...


selang beberapa hari...

cik epa:
ko taw ke lec mane yg pki lancer tuh???

cik bear:
lec pompuan la. org kate suami die bg kt die....


cik epa:
hah????(baeknye!!! nk cam tuh gak<---tp ckp dlm ati jek)

perlu ke??? hurmmmm

...lec tuh pakai kaler itam. xjmp plak kaler itam. merah pon jdk la. ala2 cik merah ku. cik merah tetap di ati.huhu....

2 week without any entry..i'm BUSY!!

huh...finally!!
in this 2 week time, i'm soooo busy with my study. dont have time to updating my blog plus currently mood pon larik to writing. since this week wifi unisel plak wat hal, i just focusing to finish all my assignment and project yg pending akibat kemalasan terlampau sgt.

last week i busy with my thesis. thesis..thesis...thesis...bosannye. bile la nk abs. tuh pon pending work gak pasal my laptop xleh support and evaluate matrix 32x32 disebabkan RAM laptop i x cukup kuat. akhirnye tadi saye mintak tlg pd NIK yang memiliki RAM 4gig utk setelkan project sayer. tgl 5% nk siap before tulis writing(sebenarnya dh ramai sayer call utk mtk bantuan nk siapkan ni..yela..kne wat backup org gak..hehehe).

arini punye cite...
arini...kls JIMI...msk kls lambat. jimi plak awl. pe mimpi die ntah. pastu, abs kls. lepak kafe. started call company psl invitation opening booth. peh, ayat sayer sme jek. yg paling besh, call sayer seronok di passing smpi xtaw nk bg org sepatutnye incharge. then kne tulis fax baru. g print cover letter and fax petang tuh jugak. huh, byk gak la bende nk urus before event tuh start. sayer plak nk kne carik org nk join seminar plak(mintak tlg NIK gak carik mber..tq la sgt2..syg ko!! hahahaha). booth lgk(hope company leh participate..AMIN). opening ceremony lagk(nak crk bende yg leh gempak ceremony tuh..td jenuh pi crk bdk kompang n gong..xjmp gak..probobly amk bdk silat kot). dekorasi kt rotunda lagk(nk pk wat hiasan pe nk bg meriah event tuh nnt). byknye keje jdk EVENT COORDINATOR ni. sampai td penin pale n telan panadol. pale siap denyut2. so hoping event next week ni akan berjalan lancar. mgu dpn start isnin until event start(khamis, 26 March 2009) sayer sgt2 busy and xsempat untuk update blog. i will update story bout the event later.

"OUR EARTH OUR HOME"
ENVIRONMENTAL DAY
26 MARCH 2009
ROTUNDA FACULTY OF ENGINEERING
UNISEL BESTARI JAYA
9.00AM-4.00PM

..please come and visit...to gain knowledge the important to save our environment..

my class picture!!

wanna see my classmate?? here is the formal picture.

*klik to enlarge

non formal picture aka crazy picture....

*klik to enlarge

Malaysia-Earth Hour~please support it!!


kebetulan pulak Earth Hour ni dijalankan beberapa hari selepas Environmental Day yang ktorang organise. EPA SUPPORT EARTH HOUR!! HELP TO REDUCE THE GLOBAL WARMING!! wanna know the detail, klik www.earthhour.org.my


lets join and participated.

Turn off the lights for 1 hours.

8.30pm Saturday 28th march 2009.


Sepi

such a beautiful lyrics and melody.....deep inside my heart....


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam




new...

TQ shawls2u!!
sayer sudah dpt shawl yg sayer pesan dr blog shawls2u...CANTEK BANGET!!!
t leh order lgk...hehehehe



ni la shawl sayer beli....mmg dlm pic kusam..but...kalo tgk btl2 very2 nice kaler die...



Salam Maulidur Rasul 1430h

9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430h

Selamat menyambut Maulidur Rasul(Maulidur Rasul ialah hari keputeraan/kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad SAW)

Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

Bersama-sama lah kite mghayati kisah2 Nabi Muhammad Junjungan kita serta mencontohi keperibadian Baginda dalam meneruskan hidup di dunia yg mencabar ini. Di harap kita memperoleh kebahagiaan kelak. Amin.


Rasulullah-Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Hari Wanita Sedunia

Hari ini hari ahad bersamaan 8 mac 2009 merupakan HARI WANITA SEDUNIA. Ia disambut pada setiap tahun. untung kan jadi wanita?? setiap tahun mesti ad org raikan hari wanita. sori la 4 guys!! xde pon ari yg dapat diraikn untuk lelaki. ini menunjukan betapa tinggi nye martabat seseorang wanita di mata setiap insan. malah, Nabi Muhamad juga menyanjung tinggi wanita. Dalam AL-QURAN pon ad surah yg menceritakan kisah wanita seprti surah Maryam. untuk wanita diseluruh dunia(termasuk sayer), pelihara la diri serta jagalah peribadi supaya memperoleh kebahagian kelak.

teringat pada lagu Dato' Siti Nurhaliza bertajuk WANITA;



Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Chorus:
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

ha a a...

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita... ooo...
Ku wanita... uuu...
Wanita...



Untuk para jejaka di luar sana, bacalah artikel bertajuk 'bengkoknya wanita....'


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "



*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

Rindu bertasbih

kehidupan........



....jodoh.........



....maut.....



.............itu hak Nya(Tuhan)

Hijau

hari ini sayer sudah pon berada di rumah(shah alam la mane lgk). xde byk sgt xtvt yg dilakukan just menyiapkan tugasan thesis sayer. minggu depan INSYALLAH, sayer sudah boleh start writing. ad few changes yang harus dibuat untuk memantapkan thesis sayer.

bty, semalam, sayer suke rela mencadangkan untuk membuka booth sempena environmental day(ops..lupe nk cite, kotg kne organize event ni untuk subject solid waste management). kemudian kami(sayer, cik bear n cik awe) sebulat suara untuk mencarik few company yg berkaitan dgn environment utk mgajak mereka participate dalam event ini. itu pon baru ni carik contct number mereka. minggu depan br mula operasi mencalling. yela, kne usaha lebih skit memandangkan nak kne deal with organization. hope they can make it, because the event is actually will be held 26 this month. got 3 weeks to go.

sayer igt malam ini nak sambung carik lgk, but arini sangat panas, jadi sayer hanya surf internet jek. sambil2 tuh teringat plak lagu HIJAU by ZAINAL ABIDIN. lagu yg cukup2 femes berkaitan dengan environment. jenuh gak nk mencarik, sejak2 agent pencarian lagu sayer(syok.org) dh xbg download lagu secara free. so, nanti event tuh boleh la pasang. lagu itu xjemu utk di dgr berulang kali.

side A? side B?

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle.

Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Si warden penjaga hospital ni rasa heran jugaktapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak
" Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap"
Jawap pesakit mental tu
" Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh"

Cinta sejati seorang IBU terhadap ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega
hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat
mereka, nescaya aku bunuh diriku."


Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,
"Wahai anak-anakku!
Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada
tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita.
Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah
merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan
oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu
lebih baik daripada kampung yang binasa."


Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman! Sabarlah,
dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi
orang yang beruntung."
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.


Seterusnya Khansa berkata,
"Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk
berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat
api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke
dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat
balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."


Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran.
41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan
nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit
masa lagi."


Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan
rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat
keluarga Kaisar musnah."


Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak
cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal
membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."


Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama
terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah
mangsa oleh senjataku."


Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah.
Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.


Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii
Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"


Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

serba xkene??

arini bersamaan 3 march 2009

hp ku jatuh tergolek ke tanah...abs calar kt blakang die....ms otw ke kls...

sampai kelas, masuk dengan muka selamber, padahal dh lambat dkt 20min...seb baek jimi ok jek mood die arini...siap sengih2 jek....

kls ke2....okla....siap leh sound org(pueh ati ak...sape suh crk psl ngn ak dl...)...tetibe....MOOD CHANGE BADLY!!! huarghhh....seb baek xgado...stil hormat...xpela...mls nk kecoh2...

tghari...take picture with all my classmate(not all la...ngn geng2 clasmate sekepala jek)...besh...ad gak memori bersama...terus order pic COMBO B...pueh ati...candid ad...formal ad(panas gak la tangkp pic td...yela tengahri bute!!)

kne 2gu kls smbg kul 4...mls nk blk...t blk sure xdtg blk....kne la ikut lec...lec tgh sehat(xtaw la lec ku ni sakit pe...but always MC jek)

abs kls trs pecut blk...hujan ms otw!! kul 5.30 cm tuh...letih sgt...plan xmo g kls mlm...but have to go bcoz ad quiz la plak. PERIOD!!! no wonder la arini serba x kene.

quiz td tiru saja. xde mood nk study ptg td. penat sgt. buku pon xpandang. hahaha...siap kne sound ngn lec. dh ler duk dpn idung die, leh plak tiru2. lantaklah, janji jawapan penuh. penat sgt. memang ati kering jek td.

seb baek kls abis awl. pulang uma jek trs tukar baju, lepak tgk tv. rehat2. until la ad mood utk menulis blog.

CURRENT MOOD ------> EXHAUSTED!!!

bila masa nya??

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.



Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "



Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...'

Hakikat seorang WANITA

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.



Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.




Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.



Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.



HANYA DIA....

pengorbanan...

maksud cukup besar di sebalik itu

sekuat mana atau sejauh mana seseorang itu boleh berkorban

kadang kala agak perit untuk kita terima segala jawapan dari pengorbanan itu



perlu hati yang cekal, naluri yang kuat, fikiran yang matang

SABAR itu sangat penting.....



semoga ALLAH sentiasa di samping ku...

membantu dan membimbing insan yang lemah ini

untuk meneruskan perjalanan sebagai khalifah di muka bumi ini



HANYA DIA yang tahu jalan terbaik untuk hidup ku