Remaja Rocks!

hari tu masa singgah kat kedai, i terpandang 1 majalah ni.

agak rock r cover page dia.

masa mule-mula i tak perasan. usha betul-betul baru nampak majalah Remaja.

wah!! envy sungguh i. tak sangka cover page dia cool gila.

nampak lah perubahan remaja untuk 2010! you rock la remaja! tak salah i, cover page dia konsep futuristik elektro-nika.
story pasal tomok, noh(hujan) dan aizat mengenai azam tahun baru mereka.

so, apa lagi, dapatkan dipasaran sekarang!!
banyak info yang berguna dan best-best!

notakaki: walaupun 2010 i sudah berganjak usia jubli perak, i tetap akan suke Remaja sampai bila-bila!! tetap rasa diri remaja taw!

dan sebenarnya

i mengantok sebenarnya ni, baru balik dari unisel tapi hampa sebab lec yang urus LI tuh cuti. so, next week haruslah kembali ke sana semula. perlu amik report duty form dan logbook LI. haiya, malas betul nak ulang alik. salah sendiri juga pasal tak call dulu. next week harus call lec tu before datang. yelah, ingat dekat ke shah alam dengan unisel bestari jaya. banyak bende yang perlu settle tertangguh. okaylah, kene tido jap lah. mengantok tahap dewa ni.

nanti update blog lagi.

thanks sudi klik nuff i.

nanti i balas klik anda!!

CONTESTO de LOUR


i join contest ni setelah mendapat pekenan, hahaha, tak adalah invitation khas dari Zarith. thanks for inviting me join this contest.

gambar yang dipertaruhkan adalah....



so, for those yang nak join contest ni boleh klik disini atau klik saja pada banner.

warna hidupku


terima kasih lah pada sudi yang datang singgah blog i ni. harap suka lah baca kisah-kisah i. tapi kalau ada yang terkurang or terlebih minta maaf ye? blog ini juga masih dalam pembinaan. kalau ada mana-mana bahagian yang tak best. boleh la bagi teguran or pandangan. i sudi mendengarnya.

thanks juga pada siapa-siapa yang sudi jadi follower i. datang singgah then jadi follower, sudi membaca coretan dalam kehidupanku. kalau boleh tinggallah jejak anda sekali sebab saya teringin sangat untuk menjengah blog follower lain. sebab kadang-kadang i tak dapat nak tahu dari mana datangnya follower itu. takut karang ada yang kecil hati. tinggal jejak anda di shoutbox i okay?

pada yang sudi datang klik nuff i, terima kasih sangat-sangat. tapi jangan marah kalau i agak terlambat balas klik anda. sebab bila i tekan f5 berulang kali, nuff anda tak muncul-muncul juga. so, amik masa juga la ye? btw, alhamdulilah, blog i for the first time dapat buffer earning. i juga masih samar dengan buffer earning ni, nanti kita tengoklah apa yang jadi.


Happy 26th anniversary

i would like to wish Happy 26th anniversary to my beloved parent


incik Zulkifli bin Mat and puan Azizah binti Ali

on 29 December and its today!!

hope mama and abah will be blessed in life.
have more and more happiness in their relationship until the end.
be healthy and romantic always la...


tengok, kalau dah dua-dua kerja kat SIRIM, of cos la setiap barang kene QC, hehe

notakaki: last year anniversary famili kitorang pergi BBQ and mandi sungai. this year tak tahu lah. mama said she got plan tomorrow because both mama and abah got CUTI until end of this year. but dont no la jadi ke tak

nuffnang oh nuffnang

mula-mula rasa macam tak berapa yakin la dengan apa yang i tengok....



nak tanya, ini buffer ke?
sebab iklan ini tak pernah tido pon.
tapi i check kat nuff tak ade pun buffer earning.
blogshop i ada buffer earning.
kadang-kadang tak paham juga dorang bagi buffer nuff based on what ye?
ada sapa-sapa yang tahu?



tengok, duit nuff i just ada rm5 jek.
sebab awal bulan ni i tercash out.


see, i cash out rm122.50 selepas tolak rm1 untuk pemprosesan.
so, sekarang tengah tunggu cek ni la.
huhu cant wait!
berjanggut jugak la nak tunggu ni.


so terima kasih lah buat rakan-rakan yang sudi klik nuff i.
dont wori, sila tinggalkan klik nuff anda kat blog i (sila bagitaw la anda klik apa ye?)
nanti i akan balas nuff anda.
pasti i klik.
so harap rakan-rakan yang klik juga jujur k?
kita tolong sama-sama, dapat benefit sama-sama.
tak rugi right?


kalau masa klik nuff tu, tinggal jejak blog anda sekali ye?
mari kita tambah kenalan k?

kene plagiat?

tadi masa i berjalan-jalan dalam blog.

jumpa satu info dari satu blog mengenai Plagiarism Checker.

bagi sesiapa yang nak tahu adakah blog anda telah diplagiat a.k.a telah dicopy paste without permission, boleh dikesan dengan cara ini.

just type http://www.copyscape.com/

atau

klik disini

dan masukkan url blog anda.

mudah saja

any idea?

baru sedar yang belog ku ini hampir menjengah usia 1 tahun. tak sangka, dekat setahun rupanya diriku menceburi arena blog ini.

tibe-tibe terniat lah nak buat contest sempena hari jadi belog ku.
tapi masih samar bayangan lagi lah.
yelah, ini first time nak anjur contest.

sapa-sapa ada idea yang bernas tak untuk dijadikan contest.
kalau boleh simple saja lah.
sebab tak nak lah susahkan orang nak join pulak kan?

harap sangat dapat cadangan dari rakan-rakan blogger sekalian.

oklah mahu tido. mana tahu akan terbit idea dalam mimpi.

selamat malam dunia!

belog shop ku sudah ter-update

mari-mari-mari
kakak-kakak, abang-abang, pak cik makcik, adik-adik sekalian.
marilah datang menjenguk belog shop ku yang sudah ter-update.
siapa yang mahu cari barang murah plus free postage lagi boleh datang klik ke blog shop ku.
barang semua terjamin keindahan nya.
ada brooch, baju-baju pre-loved buat masa sekarang.
cepat!
sebelum terlambat.

klik banner untuk menjenguk

notakaki: macam berniaga kat jalan TAR jek, hehe

selamat tinggal

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa-rupanya..

Allah nak hadiahkan kita pelangi..


ini merupakan kata-kata semangat yang akan di pegang supaya dapat tenang hadapi segala kenyataan yang sedang dan bakal dihadapi. segala kerumitan dan kekusutan yang dihadapi sejak dua menjak ni membuatkan diriku semakin kuat.

diriku tak kan goyah lagi. biarlah yang terjadi sebagai kesilapan yang perlu dipelajari. aku tak mampu nak berbuat apa-apa lagi. sebab aku yakin Tuhan ada sebab kenapa Dia tentukan jalan sebegini untukku.
agar ku tidak mudah lupa dan alpa terhadapNya.

setelah baca nukilan seorang blogger tentang kisah cintanya, buat aku terdetik, perjalanan dengannya harus ditamatkan. tidak perlu untuk mengharap orang yang tak pernah hargai diriku.

perlu kejujuran di situ.

kalau ikutkan perasaan yang dipendam, mungkin tindakan aku tak seperti orang yang waras. cukuplah sampai di sini aku terpalit untuk sekian kalinya. entah yang ke berapa kali pun aku tak tahu.

payah rasanya untuk teruskan perjalanan ini. aku cukup terseksa. terseksa dengan segala tindak tanduknya. kadang kala buat aku terfikir berulang kali kenapa aku mudah alpa.

mungkin hanya gunakan aku sekadar untuk isi masa terluang? dia masih tidak belajar dari kesilapan yang sama yang pernah dilakukan dulu.

ah, biarlah, what goes around comes around.

aku percaya karma.

hanya ku titipkan doa agar dia bahagia dengan apa yang dia mahukan.
sila jauhi diriku ini.
berilah aku peluang untuk teruskan hidup dengan aman dan orang yang mampu bahagiakan diriku sebenarnya.

namun jangan ingat aku ratapi keputusan ini kerana yang dahulunya lagi meranakan hidupku.

ye, memang aku belajar dari kesilapan yang sama dulu.

ratapannya berbeza sebab aku yakin aku punya keluarga, kawan-kawan yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat diriku ini.

dunia belum berakhir.

selamat tinggal kenangan lama.

macam nak...

tetibe rasa macam nak start praktikal awal lah. sebab i agak boring + bosan berada di rumah buat aktiviti yang sama saja setiap hari. tapi tido xpenah bosan ok?

agak-agaknya boleh tak?

ramai rakan-rakan dah start awal. mahu ikut jejak mereka lah.

....okay

next week i akan call company untuk minta start awal, haha, suka ati kan? macam company tu bapak aku yang punya.


notakaki: i ada twitter, akhirnya. ada orang nak follow tak? maklumlah i bukan seperti lisa surihani.

salin kulit lagi

hoho, merry Xmas!
santa dah tukar blog i!

belogku bertukar wajah lagi.
kali ini memaparkan kesucian tatkala menggunakan theme putih.
suci tak? hehe
boring asik hitam saja. kita mahu mula buku baru so belog juga harus berubah. tentukan hidup anda! huhu


macam mana dengan perubahan sekarang?
agak teratur tak?
bagaimana loading belog ini?
lambat tak? sebab ada few member cakap blog i berat.


notakaki: tengah fikirkan apa yang menarik yang boleh diolah dalam belog kesayanganku ini?

mood tunggang langgang

in few days in my mood agak tunggang langgang. mungkin nada-nada keciwa sudah terbit. ah, malas nak cerita. kalau di ambik port sangat nanti otak sarat. sekarang masih cuba untuk memujuk diri. amukan mungkin disebabkan perasaan amarah yang terpendam. perlu sedikit penjelasan kembali. kelmarin habis semua orang dalam rumah kene marah. haiya, agak bengang disitu. mintak maaf semua. mood lari. Ya Allah, Kau tenangkanlah hati ku ini.

gambar sekadar hiasan

alhamdulilah hari ini, mood kembali segar dan ceria seperti bunga seri pagi. boleh ke? hehe saki bakinya masih jelas terasa namun dapat dipujukan diri dengan aktiviti keluar bersama keluarga. ya betul. mungkin agak terperuk lama di dalam rumah, tak jumpa matahari. mood tak berapa ok kut?

owh, tadi mengikuti famili a.k.a menyebokkan diri follow parent ke eon centre glenmarie. amik kereta baru mama. hahaha, inilah peralihan kuasa yang ditunggu-tunggu. akhirnya cik merah jatuh ke tangan ku semula. nasib baik abah bagi i memandu kereta saga SE pulang ke rumah. owh, SE juga, tapi saga SE. cik merah i myvi SE. mama kata mahu SE juga. baru up sikit. hehe. mula-mula agak tak berapa suka dengan saga SE but tadi lihat secara live sangat-sangat menarik dan puas hati. harga juga berpatutan.

i suggest for those yang mencari kereta amik saga SE. semua ada tanpa perlu perubahan. sport rim, skriting, tinted dsb. mama amik kaler putih. murah dan berbaloi-baloi. i agak cuak memandu kereta itu kerana 1st time bawak kereta sedan.

FYI, i tak suka kereta sedan sebab panjang sangat. hehe. dah2 tak payah berangan, bukan kereta i pun. nasib baik cik merah i tak kene campak luar rumah kerana rumah kami kekurangan parking space. kereta angah, saga lame dan rusa berada di luar. cian2.

kereta mama. dalam gambar tak lawa. live sangat lawa.
*klik gambar untuk ke proton edar website

oklah, mahu tido kerana santa clause mahu datang beri hadiah. i sudah letak stoking agak besar punye. mahu hadiah besar punye. hohohoho

notakaki: agak malas untuk snap pic. pakcik google kan ada

buah dabai

tadi i baru lepas makan buah dabai. buah dabai ni tak berapa familiar kat area semenanjung malaysia. mudah didapati kat sarawak. i'm bet sure all sarawakian pernah makan buah ni kan? buah ni macam buah kurma but it quite bigger. kalau tak salah, buah ni tergolong dalam kumpulan olive. if i'm not mistaken lah. buah dabai ni parent i bawak balik dari miri last week. mula-mula tengok macam tak menarik, but rasa dia sedap. lemak-lemak manis sikit. cara nak makan dia, kene rendam dalam air panas dulu, then tapis baru makan cicah with gula merah. kadang-kadang boleh guna cicah gula biasa or kicap.


here the buah dabai, my mom cakap kat miri dorang jual longgok banyak sangat


here the biji of buah dabai, biji dia agak besar dari biji kurma. kalau kita ketuk, boleh dapat kacang dia, then goreng.


buah dabai

BLACK & WHITE PHOTO Contest

BLACK & WHITE PHOTO Contest

last minutes join contest ni, ending 25 dec ni, sempat lagi kan join? memang ramai join contest ni, i pun dah perasan lame contest ni but baru sekarang tergerak hati untuk join. gambar yang i pertaruhkan adalahhh...

****

***

**

*

*

*


gambar berada di bukit melawati, kuala selangor masa nik buat lawatan sekolah. hehe.

peralihan kuasa

peralihan kuasa?!

apa tuh?

hehe
adalah....

tungguuuuuuu




notakaki: another week dipenuhi dengan aktiviti sebagai 'suriumatangga' tegar! hehehe

menyampah!

benci
*
benci
*
benci
*
benci kamu x1000000000000
*
boleh blah!!
sila pergi dari hidup saya
*
*
*
*
*
okay

teruskan hidup

enjoy saja!

notakaki: kenapa manusia tak pernah rasa puas? tamak? sifat perasan yang sangat tinggi.

PayPal Wishlist

siapa nak try earn money dari USD?
meh la join paypal wishlist.
dorang bayar dalam USD.
setiap kali dapat invite anda akan earn money.
ini bukan tipu ye?
i join pun setelah terpengaruh dari cik Afra Yuri.
pe lagi, join lah beramai-ramai.
kene cepat ye?
sebab die ended 31st december ini.

klik di sini untuk join

morning

huwaaa..
mengantok lah, pukul 8 tadi sampai shah alam balik lepas hantar parent g KLIA.
sarapan dulu baru balik rumah.
ape nak buat ye?
yelah, parent tak ada kat rumah, nampaknya duk rumah tido la syok.
kalau boring sangat baru keluar lepak2 kat mall.
oklah mahu tido.
gud nite :p

malaysia menang

malaysia menang!! nasib baik la menang kalau tak, menyesal duk depan tv. tapi banyak sangat adegan melengahkan masa jek, boring betul. saat2 genting pun banyak. menjerit i kat rumah risau vietnam gol dulu. hehe

tahniah skuad harimau muda!
pasukan bawah 23tahun wakil malaysia!
tahniah juga pada jurulatih!

tengok kembar zaquan and zafuan dapat jugak cuci mata kan? encem jugak depa tuh..hehe


nite all!

nota kaki: harus tidur awal kerana esok selepas subuh harus hantar parent and adik pergi KLIA, mereka bercuti ke Miri. i kene tinggal! haiyaa

sedar tak sedar kan?

sedar tak sedar sedar sekarang sudah masuk tahun baru. besok awal muharram a.k.a tahun baru islam. tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak masuk tahun baru 2010. sebelum tu, salam awal muharram semua. so bila dah start nak masuk tahun baru mesti kita semua akan review apa yang kita buat sepanjang 2009 ini. jangan lupa kene standby untuk azam tahun 2010 pulak. okay, sekarang i nak review sepanjang 2009 ini. masa awal2 tahun sangat excited sebab masuk tahun baru. harapan nak naikkan pointer tercapai tapi tak adalah cemerlang. hope dalam hujung tahun ni dapat la naik ke tahap yang diimpikan. kawan2 semua okay cuma kawan2 yang sama batch dengan i semua dah grad dulu dalam tahun ni. tinggalkan i tapi nasib baik ada besties i 2 org tu. alhamdulilah tercapai jugak impian nak start bisness dengan besties. walaupun hanya bertahan selama 1 sem saja. insyallah kalau ada masa mungkin akan dipertimbangkan semula. banyak jugaklah kenangan dalam 2009 ni, owh, start berblog dalam 2009. ini pun sebab terpengaruh dengan cik yah. tahun ini jugak banyak kali tengok wayang. dalam perhubungan? masih enjoy dengan hidup solo. seronok. tahun ini memang sangat enjoy dengan life sebagai sorang student yang solo. pale pun tak sarat fikir masalah cinta. tahun ini jugak, mak cik ku yang sebaya sudah jadi tunangan orang. me? tunggu la orang datang minang. hehe. family, so far semua dalam keadaan sihat sejahtera. tapi kalau gadoh2 tuh normal la kan? sedangkan lidah lagi tergigit. yang paling ingat tahun 2009 tahun terakhir i bergelar student. lepas ini dah tak merasa buat study group, lepak2 sebelum kelas start. selamat tinggal 2009. segala kenangan akan diingati. welcome 2010!

azam tahun baru untuk awal muharram dan 2010
1. mahu dapat kerja tetap
2. mahu start buat saving untuk masa depan
3. mahu konvo
4. sambung master
5. relationship progress(cara calon suami terus, xmo cintan cintun, buang mase jek :p)
6. develop new biz
7. bantu family

"Ya Allah, Kau permudahkan segala urusanku dalam memenuhi impianku dan azamku. hanya Kau yang tahu jalan terbaik untuk hambaMu ini. amin"

nota kaki: apa azam baru kawan2 lain?

resepi puding biskut kastard


resepi puding biskut kastard

modified from http://www.myresipi.com/top/detail/3827

bahan-bahan;
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
sedikit coklat rice
biskut cream crackers

cara-cara;
1. campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, esen vanila dalam periuk, kacau sehingga sebati
2. kemudian letakkan atas dapur dengan api yang perlahan. kacau bahan sehingga pekat(mesti kacau selalu takut berketul-ketul).
3. susun biskut dalam loyang/bekas.
4. setelah adunan pekat, tuang sedikit ke atas lapisan biskut dan ratakan sehingga menutupi semua biskut.
5. taburkan coklat rice di atas lapisan tadi.
6. kemudian, susun biskut lagi ke atas lapisan coklat rice tadi.
7. tuang sekali lagi adunan ke atas lapisan biskut dan ulang langkah 4, 5 (ikut suka nak berapa banyak lapisan, selalu buat 3 lapisan saja)
8. biarkan seketika, kemudian masuk dalam peti sejuk. makan bila sejuk!

nota kaki: semalam 1st time buat puding ini terus jatuh cinta. sedap! tak tipu. nanti cuba la ye?

sari berita penting

salam all

disebabkan kami bertiga sudah habis belajar di unisel dan sedang menunggu untuk practical training pada bulan 1, 2010 ini, kami bertiga decided untuk tidak menjadi share partner lagi. bukan pe, susah nak berjumpa nanti, yela masing-masing sibuk dengan practical nanti. cik bear berada di johor, cik awe di kajang, cik epa pulak di shah alam. dont worry, triolicious still ada lagi, cuma cik epa saja kot, mahu try jual barang pre-loved pulak, saja test market. mana tahu timbul idea gila kami balik mahu kembali menjual shawl. sayang pula nak deleted blog ini.

mahu ke blog triolicious?

klik www.triolicious.blogspot.com

blog kene bedah

blog ini sudah bertukar wajah.


mungkin akan ada perubahan sedikit demi sedikit.


kalau ada cacat cela nya sori ye??


nota kaki: lama tak dengar lagu ni, layan jugak, terus paste kat blog

day 4 (last day)- kak cik engagement day

esoknya habis kenduri, famili kami pun pakat pulang ke shah alam. tapi sebelum balik singgah kampung abah kat selama, perak untuk tengok tanah abah... layan pic jugak..

anak dara yang menyertai rombongan cik kiah. hehe


cik epa bersama mak dara, mamaku!


cik epa la, sape lagiii

day 3- kak cik engagement day

hahaha, cerita yang agak basi. lantak lah, nak cerita jugak. sebelum ni busy sesangat. hari ke3 hari tunang, layan gambar saja...

kak cik sebelum make over..


anak dara tunggu kak cik make over....


kak cik selepas dimake over..


hantar depa...


she so gojes!!


amik berkat.. wakakak


ini la tunang kak cik, bakal pak lang...

rasanya macam

rasanya macam nak tukar layout baru la blog ni. mula berasa bosan dengan theme ini...

juga harus update story yang banyak tertangguh la, lupa pulak..

tunggu....

kene mula pelan2 ni...

bila...

alhamdulilah, habis juga final exam. harap2 result tak ada masalah. cuma masalahnya sekarang, cik epa berkeadaan tidak sihat. demam, batuk, sakit tekak, seleseme datang menyerang. itula, overxcited kot dah tamat belajar. sekarang dah mula cuti semester. rehat panjang dirumah sebelum mula practical nanti. practical akan start 18/01/10 nanti. company masih tak dapat dipastikan yang mana 1 berkenan dihati. oklah, jaga diri ye kawan2 semua. sekarang ni cuaca pun tak menentu.

happy besday wana!!

owh, happy besday jugak kat cik wana yang gedix ni, yang ke 13 tahun. dont noty2 hah? rajen skit, cam ne nak kawen ni. wakakakaka.... XOXO muah!!

nota kaki: n3 ni adalah auto-publish, sebab masa ni tengah jawab exam paper, nanti update lepas exam...

salam aidiladha

salam aidiladha semua!
eh, sempat lagi kan nak wish? almaklumlah, mood nak berblog tak ada sebab mahu final.
sekarang ni kepala tengah ting tong pening study, jadi sempat la mengupdate story sebentar.
tak ada story best pun, cuma nak wish aidiladha saja.

oklah, tata titi tutu!!!

jumpa lagi 2 minggu akan datang (1st paper stat khamis ni)
banyak story akan menyusul!!
sori ye kawan2, blogwalking juga kurang...
nanti akan diqada' kan...

happy besday wanny!!


just nak wish happy besday to my beloved sister... cik wanny! adik saya yg ke 4...
yang ke 14 tahun. semoga panjang umur murah rezeki! balaja rajin2 dan jadi kebanggaan famili ok?

just short notice

Just short notice for this entry

my final exam is around the corner

I'll be away for few weeks starting from now

focus on my project and preparation for final exam

wish me luck, friends!

take care all...

XOXO...cik epa

huwaaa...

hari ni kelas wastewater batal!!
penat siap...
bengang punye pasal amik la gambar sendiri..
fresh woo...terbaek dari ladang habaq mai...
owh, lupa nak cerita, for those yang berminat dengan shawl yang cik epa boleh jenguk kat blogshop ye? shawl tuh tengah sales. harga termurah.
just click www.triolicious.blogspot.com

nota kaki: layan jiwang kat rumah dengan osmate...

1st draft final exam timetable

minggu lepas berkesempatan untuk menjengah cari timetable. memang sangat2 ditunggu sebab nak budget mengangkut barang untuk pulang. Yahoooo....abis balaja!!! tak sampai 1 bulan jek lagi nak final exam...

Final exam 01/2009/2010

Thursday (03/12/09) - 9.00 am - Mechanical & Electrical System (M&E) @ ERC

Wednesday (09/12/09) - 9.00 am - Wastewater treatment (WWT) @ ERC
- 2.30 pm - Theory of structure (TOS) @ DK4

BTY, sem ni cik epa amik 4 paper tapi 3 jek masuk final. hopefully WWT and TOS dapat la ditukar ke tarikh yang lain. gile ko, pagi dan petang. mau cik epa jadi gorilla tekanan perasaan nanti.
tukarlah tukarlah!!
please please please, kamu jangan nakal!! apakah?!

pastu...
habisss!!!
eh...praktikal dulu...baru abiss
nak taw cik epa praktikal kat mane??
tungguuuuuu... kasi suprise skit...

environment day 2009

semalam berlangsung (cewah, ayat tak boleh blah!!) environment day 2009. sama macam environment day dulu yang batch cik epa organised. kali ni batch laen pulak. macam biasa lah, kami di invite oleh pengarah projek iaitu incik zaid untuk bukak booth. memang lari ikut tema la. Triolicious jual tudung masa hari alam sekitar. huhu. tak kisah la, sebab tak mau menghampakan zaid kan. the more the meree rite? layan gambar dari sana...


bersama dekan fakulti eng, prof jamal yang sangat sempoi...


di gerai TrioLicious... thanks kat sapa2 yang datang jenguk dan membeli....



acara perasmian....


geng keras ku!!!

day 2- kak cik engagement day

hari ke 2 berada di kampung. cik epa dan famili pergi berjoli di padang besar, perlis. sempat jugaklah cik epa merembat beg LV 1...
hah..suke2, nanti tunggu kawen kak cik bulan 3 nanti. mahu simpan wang banyak2 kasi shopping...


ni la mak cik i yang nak tunang tuh...


cik epa jadi co-pilot pulak. pergi 2 kete jugakkk....


kami gadis yang follow....kereta gadis...huhu


masa nak pergi padang besar lalu ladang tebu. luas gila... sangat best tapi xsempat nak berenti untuk snap pic...


masa bershoping. next time punya trip dah fikir apa nak beli...


with my sis, cik wani...

bersambung next n3....

hanya cerita dalam lagu

ni gambar semalam, dah lama cik epa tak pakai tudung segiempat. disebabkan mood semalam ceria, so rajen la nak gosok tudung. amcam? ok pakai selendang or tudung cam gini?


hari ahad arituh cik epa dan famili pegi makan boston kat JJ bukit tinggi, nak celebrate besday abah. ada sales lak!! jumpa kasut buy 1 free 1. pe lagi rembat heel la, sama tinggi dengan kasut merah dulu. nanti nak pakai la.... owh, kasut kaler grey tuh agak besar sedikit, ada tips tak nak pakai kasut yang agak longgar dari size asal?


akhirnya, bilik cik epa dah ada katil baru!! besh betul, dah la tinggi.... malam tu terus tido dengan lena sekali....


ada jualan gudang kat stadium melawati. dapat rembat mouse baru berharga rm10 jek. nasib baek duit tak banyak, kalau tak lagi banyak cik epa rembat!!

day 1- kak cik engagement day

ni adalah gambar jela, malas nak cerita panjang-panjang. pergi 2 kereta tapi hanya 7 orang. angah tak ikut sebab die keje...


saya adalah driver untuk pulang ke kampung...



barisan orang2 yang menyemak dalam kereta ke 2...

cik wani dan cik wana...



cik eyra. co pilot. tapi bukan ada lesen pong....



akhirnya saya berjaya belajar mengisi minyak kereta. huhu


bersambung di n3 seterusnya.....